Manusia menurut al-Quran adalah makhluk yang dikurniakan
akal, roh, dan jasad. Ia adalah sebaik-baik kejadian berbanding dengan
malaikat dan binatang. Malaikat hanyalah dikurniakan akal tetapi tidak
dikurniakan nafsu sedangkan binatang hanya dikurniakan nafsu tanpa akal.
Sungguhpun begitu kedudukan manusia akan menjadi lebih rendah daripada binatang
jika mereka gagal menggunakan akal dengan baik sebaliknya menjadi hamba kepada
nafsu. Menurut al-Quran, semua manusia adalah berasal dari keturunan Nabi Adam
dan Adam pula dijadikan daripada tanah. Oleh itu,
kaedah mantik atau logik manusia juga berasal daripada tanah. Kebanyakan ulama
tafsir berpendapat proses pembentukan bayi dalam kandungan juga bermula dari
saripati tanah atau disebut sebagai nutfah di dalam al-Quran. Pendapat ini
ternyata benar kerana semua sumber makanan dan minuman adalah berpunca daripada
tanah. Berdasarkan kenyataan ini, jelaslah menunjukkan bahawa konsep manusia
menurut Islam adalah berbeza dengan pandangan yang pernah dikemukakan oleh para
pengkaji antropologi.
No comments:
Post a Comment