Thursday, 7 November 2013

Permata Qasidah Percussion

assalam ..

oke.. kali ni nak ceritakan tentang satu kumpulan qasidah IPGKS iaitu Permata Qasidah Percussion .. kumpulan ni diasaskan oleh roomate aku iaitu anbaari @ Perindu Syaheed .. sebenarnya kumpulan ini tertubuh disebabkan kumpulan nasyid yang mewakili kelas pengajian agama terbubar dengan sendirinya disebabkan salah seorang pensyarah japim kami melanjutkan pelajaran di ukm .. kumpulan ni skg terdiri daripada 15 orang yang terdiri daripada pengajian agama, pendidikan seni visual dan TESL ..

kumpulan ini xde ape2 kepentingan sebenarnya tetapi boleh dikatakan untuk suka2 sahaja .. dapat jugak lah kami buat aktiviti sesama kami dan stress study tu dapat gak lah dihilangkan sedikit .. bila kita hayati betul-betul lirik qasidah ni, lebih kepada memuji nabi muhammad ..

1 hal yang membuat kita bahagia adalah CINTA
1 hal yang membuat kita tambah dewasa adalah MASALAH
1 hal yang membuat kita hancur adalah PUTUS ASA
1 hal yang membuat kita maju adalah USAHA
1 hal yang membuat kita kuat adalah DOA
tetapkan semangat & selalulah bersyukur kepada MAHA KUASA

https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/s720x720/5939_485115394871628_1921901467_n.jpg

kumpulan ni da buat banyak persembahan contohnya majlis hari guru peringkat ipg, majlis penyengat motivasi, penutupan program dan jawi dan aktiviti seumpamanya .. persembahan diluar pulak pernah buat persembahan majlis perkahwinan di eastwood valley and country club dan malam cinta rasul 2013 yang diadakan di masjid kampung luak miri ..


kami ada 3 gendang 1 gitar dalam kumpulan qasidah ni.. sebenarnya kumpulan ni agak kekurangan budget dan memang budget aabis .. 1 gendang beli, 1 gendang orang bagi, 1 gendang pinjam dan gitar tu dibeli masa ada voucher buku .. walalupun begitu, semangat cintakan rasulullah tak pernah pudar dalam hati-hati kami .. semoga dapat bertemu rasullulah disana .. aminn

support Permata Qasidah percussion