Tuesday, 5 November 2013

ingat mati

tangan ni gatal2 je nak tulis2 lagi .. ahahaha adat la kot baru jumpe blog .. -_-

drama "stanza cinta" .. yeahh layan drama melayu jiweng pulok doh .. orang sibuk study nak exam .. movie lagi dicari nye .. tertarik dengan satu ayat daripada drama ni .. baru je 3 episod kot .. ahaha

"cinta sejati itu masih menyintai walau disakiti.
masih menyayangi apabila walau dipermain.
masih merindui walaupun berpisah" ..

erk, mcm salah je .. lebih kurang la kot .. maklumlah memory otak 8 gb je .. ahahah

"hidup bukan untuk hidup, hidup itu kurniaan allah ..
hidup bukan untuk mati .. tapi mati untuk hidup" ..

mati utk hidup, maksudnya permulaan hidup yang sebenar adalah selepas mati .. hidup ni sementara je .. yang kekal ada di sana .. allah akan membangkit manusia daripada kubur sesuai dengan amalan mereka di dunia ..

Rasulullah salla Allah alaihi wa sallam bersabda:
“Yang paling banyak mengingati mati dan paling baik dalam membuat persiapan untuk alam berikutnya, maka itulah orang yang bijak.”
[Sunan Ibnu Majah, no. 4249. Dinilai hasan oleh al-Albani]
nabi pun cakap orang yang paling bijak di antara manusia itu adalah yang banyak mengingati mati .. buat amal banyak sebab kat sane xde sape dapat tolong kita melainkan 3 perkara iaitu amal jariah, ilmu baik yang dimanfaatkan dan doa anak yang soleh ..

kejadian ..

bosan lagi .. jom hilang bosan jap dengan ayat al-quran ni ..

Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal.

Iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) "Ya Tuhan Kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka (Ali Imran, 3:190-191)

see, semua kejadian tu bersebab dan ada kitarannya .. allah menurunkan hujan lalu tumbuh hijau hijau pokok, gunung, sungai dan sebagainya sebagai sumber makanan kepada manusia dan binatang .. pokok-pokok ni akan mati dan kawasan berdirinya pokok akan jadi hitam lalu menjadi baja .. subhanalah telitinya allah dalam segala tiap2 sesuatu ..

ada dengar orang cakap apabila kita melihat kejadian allah, lalu kita kagum dan akui kebesarannya dan kekerdilan kita, maka akan lahir sifat rendah diri dalam diri .. sedangkan melihat kejadian allah je pun kita dapat pahala .. senang je kan .. islam is simple

KLMJ

kenangan lama mengusik jiwa .. chewah

tengah belek2 fb terpandang lak pic ni .. eah, masih ada lagi rupenye ..


bukan tentang pasta & pizza tu .. silap2 .. nampak keychain henset tu?? cantik an .. pemberian seseorang dulu kala .. tapi sayang .. keychain ni hilang sama2 dengan 2 henset, henset vivas ni dengan dengan panasonic .. hilang dalam bilik, tido .. xsedar orang masuk bilik mencuri .. sampai skg trauma pakai henset mahal .. gambar ni je yg jadi kenangan .. banyak kisah tentang ktwg tapi xperlu la kot nk share .. ahahah kisah kami, kami je yg tawu .. danga bay, kota tinggi, mersing banyak da yang terlakar .. 

makin lama makin jauh, makin asingkan diri .. tak salahkan dia .. mungkin itu pilihan dia .. masih lagi berharap dia kembali .. 

done for KLMJ mlm ni .. ^_^

ujian hidup

assalamualaikum ..

nak share sikit je .. bila bukak laptop je rasa rindu je nak bukak lagu ni .. tataw nape .. bukan lagu tema cinta sesama manusia .. tapi lagu mengenang cinta kepada allah .. lagu ni mengisahkan seorang hamba yang bersyukur walaupun xde kemahsyuran, kemewahan, kemakmuran tetap dia bersyukur dan cinta kepada tuhannya tak berbelah bagi .. indahnya cinta sebegini ..

betul orang kata cari cinta allah dulu baru cari cinta manusia .. cinta manusia kadang2 ada pasang surut, kadang2 membuak buak, kdg2 slow .. manusia kan .. tapi bila kita cinta allah, bila kita sayang pencipta kita, pasti kita akan rasa kemanisan cinta itu .. sebab itulah kadang2 allah uji kita dalam percintaan .. rasa kecewa, rasa ditinggalkan, down .. dan secara fitrahnya kita akan kembali kepada Dia .. sebenarnya allah rindu sgt kita sujud, berdoa, kembali ingat pada dia sebab manusia kan apabila dia da senang sikit, dia da bahagia sikit, dia akan mula lupa akan allah ..

nabi pun pernah cakap golongan-golongan yang paling baik, paling bagus, paling dekat dengan allah adalah hamba-hambanya yang terlalu sayang, yang terlalu cinta kepada allah dan rasulnya .. sebab apa? sebab manusia akhir zaman ni, tak pernah berjumpa dengan nabi, tak pernah bersua dengan nabi, tak pernah bersalaman dengan nabi tapi mencintai nabi dan allah lebih dari segala-galanya .. subhanallah

jom kita dengar bait-bait kalimah yang dilontarkan dalam lagu ni ..

Lagu: Ujian Hidup - Imam Muda 

Ketika Hidupku Tertekan
Mengaburi Pedoman
Kepada-Nya Akan Ku Pergi
Untuk Mencari Bimbingan

Ku Serah Takdir di Tangan-Nya
Mengukir Perjalanan
Walau Ujian Hidup Melanda
Ku tabah Menerima Kerana

Walaupun Tak DiKurnia Kemasyuran
Walaupun Tak DiLimpah Kemewahan
Hatiku Tetap Akan Memuji
Namu Mu Selalu Ya Rabbi

Walaupun Tak Diberi Kemakmuran
Akan ku Memanjangkan Kesabaran
Ku tetap syukur Pada Ilahi
Kerana Mengurniakan Nyawa Ini

Ku Serah Takdir di Tangan-Nya
Mengukir Perjalanan
Walau Ujian Hidup Melanda
Ku tabah Menerima Kerana

Dia Di Hati Selalu
Memberikanku Petunjuk
Apabila Pemandagan Samar

Biarpun Hidup Digoda
Ujian dan Pancaroba
Pasti Ada Hikmah Di Akhirnya

Walaupun Tak DiKurnia Kemasyuran
Walaupun Tak DiLimpah Kemewahan
Hatiku Tetap Akan Memuji
Namu Mu Selalu Ya Rabbi

Walaupun Tak Diberi Kemakmuran
Akan ku Memanjangkan Kesabaran
Ku tetap syukur Pada Ilahi
Kerana Mengurniakan Nyawa Ini