Tuesday, 5 November 2013

ujian hidup

assalamualaikum ..

nak share sikit je .. bila bukak laptop je rasa rindu je nak bukak lagu ni .. tataw nape .. bukan lagu tema cinta sesama manusia .. tapi lagu mengenang cinta kepada allah .. lagu ni mengisahkan seorang hamba yang bersyukur walaupun xde kemahsyuran, kemewahan, kemakmuran tetap dia bersyukur dan cinta kepada tuhannya tak berbelah bagi .. indahnya cinta sebegini ..

betul orang kata cari cinta allah dulu baru cari cinta manusia .. cinta manusia kadang2 ada pasang surut, kadang2 membuak buak, kdg2 slow .. manusia kan .. tapi bila kita cinta allah, bila kita sayang pencipta kita, pasti kita akan rasa kemanisan cinta itu .. sebab itulah kadang2 allah uji kita dalam percintaan .. rasa kecewa, rasa ditinggalkan, down .. dan secara fitrahnya kita akan kembali kepada Dia .. sebenarnya allah rindu sgt kita sujud, berdoa, kembali ingat pada dia sebab manusia kan apabila dia da senang sikit, dia da bahagia sikit, dia akan mula lupa akan allah ..

nabi pun pernah cakap golongan-golongan yang paling baik, paling bagus, paling dekat dengan allah adalah hamba-hambanya yang terlalu sayang, yang terlalu cinta kepada allah dan rasulnya .. sebab apa? sebab manusia akhir zaman ni, tak pernah berjumpa dengan nabi, tak pernah bersua dengan nabi, tak pernah bersalaman dengan nabi tapi mencintai nabi dan allah lebih dari segala-galanya .. subhanallah

jom kita dengar bait-bait kalimah yang dilontarkan dalam lagu ni ..

Lagu: Ujian Hidup - Imam Muda 

Ketika Hidupku Tertekan
Mengaburi Pedoman
Kepada-Nya Akan Ku Pergi
Untuk Mencari Bimbingan

Ku Serah Takdir di Tangan-Nya
Mengukir Perjalanan
Walau Ujian Hidup Melanda
Ku tabah Menerima Kerana

Walaupun Tak DiKurnia Kemasyuran
Walaupun Tak DiLimpah Kemewahan
Hatiku Tetap Akan Memuji
Namu Mu Selalu Ya Rabbi

Walaupun Tak Diberi Kemakmuran
Akan ku Memanjangkan Kesabaran
Ku tetap syukur Pada Ilahi
Kerana Mengurniakan Nyawa Ini

Ku Serah Takdir di Tangan-Nya
Mengukir Perjalanan
Walau Ujian Hidup Melanda
Ku tabah Menerima Kerana

Dia Di Hati Selalu
Memberikanku Petunjuk
Apabila Pemandagan Samar

Biarpun Hidup Digoda
Ujian dan Pancaroba
Pasti Ada Hikmah Di Akhirnya

Walaupun Tak DiKurnia Kemasyuran
Walaupun Tak DiLimpah Kemewahan
Hatiku Tetap Akan Memuji
Namu Mu Selalu Ya Rabbi

Walaupun Tak Diberi Kemakmuran
Akan ku Memanjangkan Kesabaran
Ku tetap syukur Pada Ilahi
Kerana Mengurniakan Nyawa Ini


No comments:

Post a Comment