Diriwayatkan daripada Jabir r.a: “Nabi Muhammad SAW
pernah mengerjakan solat (sunat) sambil menunggang haiwan tunggangannya
(rahilah) ke mana pun baginda menghadap dan ketika Nabi SAW hendak mengerjakan
solat wajib Nabi SAW turun dari tunggangannya dan solat menghadap kiblat
(Kaabah di Mekah).”
Abdullah ibnu Umar radiallahu-anhu di mana telah
bertanya seorang sahabat kepada Nabi sallallahu-alaihi-wasallam: Bagaimanakah
cara saya bersolat dalam perahu ? Nabi sallallahu-alaihi-wasallam menjawab:
Bersolatlah di dalamnya dengan berdiri kecuali jika engkau takut
tenggelam.
Nabi sallallahu-alaihi-wasallam
dan sahabatnya pernah solat di atas tunggangan mereka bagi mengelak dari
terperangkap dalam cuaca hujan lebat - Ya'la bin Murrah
radiallahu-anhu menerangkan bahawa para sahabat pernah beserta Rasulullah
sallallahu-alaihi-wasallam dalam satu perjalanan lalu sampai ke satu lembah
sedang beliau berada di atas kenderaannya; dan langit pula sangat mendung dan
di bawahnya sangat basah.
Kemudian
datang waktu solat lalu beliau memanggil tukang muadzzinnya lalu ia azan dan
iqamah lantas Rasulullah sallallahu-alaihi-wasallam terus maju dengan
kenderaannya dan solat berjamaah bersama mereka (para sahabat). Beliau memberi
isyarat yang sujudnya lebih rendh dari rukuknya