Thursday, 21 November 2013

jamboree pengakap

assalam ..

kembali lagi kita bha ni ..

oke, kali ni nak ceritakan kisah di sekitar jambori pengakap .. jambori kali ni diadakan di hutan bandar putra, kulaijaya, johor .. event kali ni dinamakan 25th johor international jamboree yang dihadiri oleh beberapa negara seperti maldives, ghana, amerika, malaysia, brunei, singapore, indonesia, philipine, cambodia, thailand dan germany .. event kali ni dihadiri oleh kira2 6000 orang .. sesak jugak la hutan bandar tu .. ahahah subkem dibahagikan kepada beberapa khemah iaitu subkem nature, subkem earth, subkem wind, subkem water dan subkem fire .. mantap !! ni la gambar2 nye ..
ni la banner jambori tu 
nama dia wong chun keen .. kami 2 je wakil daripada ipg kampus sarawak, orang sarikei die ni ..
 yahh tu die jata dye ..
 antara boot camp yang ada iaitu swapping badge ..
 koleksi2 skarf yang ada dalam pameran ..
 aktiviti air ade macam rakit, water confident dan mcm2 lagi kat tasik hutan bandar .. bau tasik la masing2
 ni adalah aktiviti semaphore iaitu bahasa isyarat la kot dengan menggunakan bendera ..
 yg ni dowg tengah buat code morse yg bunyi beep beep beepppppppp .. ade la kod2 dye tersendiri sebagai alat komunikasi gak la kire contohnya mcm kapal selam ke kan ..
 ni adalah tempat boot camp pengakap johor ..
 hahah posing lok .. :p slogan pengakap muda "selalu bersedia" ..
setiap malam adalah malam kebudayaan .. yg ni adalah persembahan daripada kontijen indonesia .. dowg bawakkan lagu ya hanana .. hutan bandar berselawat .. ALLAH !!

selesai je aktviti, aku bawak wong chun keen @ ah thong ni jalan2 kat jb .. 
alhamdulillah, sempat sampat legoland dengan kota iskandar tenpat hello kitty .. ahahah

good moment .. ^_^

gerak dulu .. assalam .. 

jom balek kampung !! yippie !!

Assalamualaikum ...

bersarang suda blog ni eaak .. aahhaha oke .. nak sharing2 sket ..
aku balek johor dari miri pada 15/12 .. aku da beli awal tiket da .. biasalah kan orang study jauh2 kene booking flight awal takot nanti tambang makin naik, duit elaun makin habis .. ahahah tapi alhamdulillah, balek kali ni aku dapat goverment warrant iaitu daripada kerajaan .. sebab aku hadir jambori pengakap yang dihadiri daripada satu dunia pada keesokkan harinye iaitu 16/12 .. kirenye world scout akan berkumpul dalam sesuatu tempat ..

haa, ape speselnye goverment warrant ni?? oke .. yang paling penting ianya adalah free .. huhuh tak perlu keluar duit pun .. aku dapat flight pegi balek .. dari johor ke miri, dari miri ke johor .. yang bestnye, ada disediakan makanan .. nyum2 nyum .. jom tengok

jeng jeng jeng .. hehe ini yang pramugari yang comel2 tu bg kt aku .. heheh senyum2 je kat aku .. nape kak? nk no tepon ke? hehe

perjalanan ke johor amek masa selama 1 jam 50 minit .. setelah dibundar jadilah dye 2 jam .. ahaha tak sabar nak jumpe budak2 kecik kat rumah nk gomol2 sampai lemas .. ahahah jap agy usu sampai eak ...

cun2 sebelah tingkap, aku tengok awan2 kat langit yang kami tempuh tu .. menakjubkan !!
aku tengok segala bentuk awan yang terbentuk ..

aku dapat tengok awan berupa ular, berupa burung, kuda, ada mcm galaksi ada macam raja dan mcm2 agy la .. sebab mase ni cuaca mendung, awan tebal, bile kapal langgar je awan2 tu bergegar kapal terbang .. aku kecut perut da mcm nak ~~ ish ish ish nk balik miri nanti naik flight agy .. 

bile aku tengok awan2 tu aku jjadi kagum betapa besarnya kuasa Dia yang berkuasa menjadikan sesuatu .. 
jom tengok dalil-dalil ..

“Iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk dan ketika berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata, “Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau ciptakan semua ini dengan sia-sia. Mahasuci Engkau, peliharalah kami dari siksa neraka.” Surah Aali-Imran : ayat 191
bagusnya bila kita lihat kejadian Allah, kita akan dapat rasa kerendahan hati bahawa ada sesuatu kuasa besar yang lain di luar sana, jadikan kita tidak sombong dalam dunia ni .. kuasa yang paling besar, kuasa yang paling gah hanyalah Dia .. ALLAHUAKBAR !!!
oke, kita sambung lagi nanti eak .. ^_^
wassalam ..


Thursday, 7 November 2013

Permata Qasidah Percussion

assalam ..

oke.. kali ni nak ceritakan tentang satu kumpulan qasidah IPGKS iaitu Permata Qasidah Percussion .. kumpulan ni diasaskan oleh roomate aku iaitu anbaari @ Perindu Syaheed .. sebenarnya kumpulan ini tertubuh disebabkan kumpulan nasyid yang mewakili kelas pengajian agama terbubar dengan sendirinya disebabkan salah seorang pensyarah japim kami melanjutkan pelajaran di ukm .. kumpulan ni skg terdiri daripada 15 orang yang terdiri daripada pengajian agama, pendidikan seni visual dan TESL ..

kumpulan ini xde ape2 kepentingan sebenarnya tetapi boleh dikatakan untuk suka2 sahaja .. dapat jugak lah kami buat aktiviti sesama kami dan stress study tu dapat gak lah dihilangkan sedikit .. bila kita hayati betul-betul lirik qasidah ni, lebih kepada memuji nabi muhammad ..

1 hal yang membuat kita bahagia adalah CINTA
1 hal yang membuat kita tambah dewasa adalah MASALAH
1 hal yang membuat kita hancur adalah PUTUS ASA
1 hal yang membuat kita maju adalah USAHA
1 hal yang membuat kita kuat adalah DOA
tetapkan semangat & selalulah bersyukur kepada MAHA KUASA

https://fbcdn-sphotos-a-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/s720x720/5939_485115394871628_1921901467_n.jpg

kumpulan ni da buat banyak persembahan contohnya majlis hari guru peringkat ipg, majlis penyengat motivasi, penutupan program dan jawi dan aktiviti seumpamanya .. persembahan diluar pulak pernah buat persembahan majlis perkahwinan di eastwood valley and country club dan malam cinta rasul 2013 yang diadakan di masjid kampung luak miri ..


kami ada 3 gendang 1 gitar dalam kumpulan qasidah ni.. sebenarnya kumpulan ni agak kekurangan budget dan memang budget aabis .. 1 gendang beli, 1 gendang orang bagi, 1 gendang pinjam dan gitar tu dibeli masa ada voucher buku .. walalupun begitu, semangat cintakan rasulullah tak pernah pudar dalam hati-hati kami .. semoga dapat bertemu rasullulah disana .. aminn

support Permata Qasidah percussion

Wednesday, 6 November 2013

uit uit ..

jam da pukul 2.30 pagi da ni .. blom abis lagi study untyk exam esok lagi ni .. hahah xpe .. pagi2 ni buat lak rindu kat seseorang lagi ni .. jom tengok koleksi agak weird la kot bg seseorang lelaki ..

jeng jeng jeng .. minion !! si kuning .. ahahah

ade minion besar utk peluk2 sepak2, keychain minion dan pen drive minion .. ahahaha

sejarahnya, seseorang minat sangat dengan minion ni sejak kenal die .. sejak dgn die la suke lak tengok minion ni perangai gile gile, cermin mate lak tu .. tamerrr r kiteww !!

insan yang pernah bergelar kekasih ni dulu adalah orang asalnya sarawak, belajar di uum, sintok kedah .. seorang yang aku bole anggap perfect sebab seorang yang pandai menjaga diri, pandai menjaga aku (ehem), ingatkan aku tentang solat, selalu bg nasihat kat aku .. 1st time muslimah yang dapat buka mata aku ke tahap yang baru .. dan bole aku ckp die ni calon isteri yg terbaik .. tapi paham2 la kan, tak semua orang bole paham student ipg keje mcm mane .. bukan mcm ipt lain ataupun pelajar universiti ..

banyak yg samakan pelajar ipg dan banyak yang merendahkan ipg terutamanya budak2 universiti .. test la kitowang bagi satu sem je, dengan kuliah mcm budak2 sekolah, dengan program institut, dengan program proforma, dengan program kelas, handle jpp lagi .. test tengok

anyway, carilah wanita yang solehah walaupun aku bukan jenis soleh pun .. orang kata, wanita solehah ni dpt menguatkan seseorang lelaki dalam tanggungjawab sebagai lelaki kepada keluarganya, kepada agama dan kepada negaranya .. 

oke, sambung lagi study .. out !! assalam .. ^_^

Tuesday, 5 November 2013

ingat mati

tangan ni gatal2 je nak tulis2 lagi .. ahahaha adat la kot baru jumpe blog .. -_-

drama "stanza cinta" .. yeahh layan drama melayu jiweng pulok doh .. orang sibuk study nak exam .. movie lagi dicari nye .. tertarik dengan satu ayat daripada drama ni .. baru je 3 episod kot .. ahaha

"cinta sejati itu masih menyintai walau disakiti.
masih menyayangi apabila walau dipermain.
masih merindui walaupun berpisah" ..

erk, mcm salah je .. lebih kurang la kot .. maklumlah memory otak 8 gb je .. ahahah

"hidup bukan untuk hidup, hidup itu kurniaan allah ..
hidup bukan untuk mati .. tapi mati untuk hidup" ..

mati utk hidup, maksudnya permulaan hidup yang sebenar adalah selepas mati .. hidup ni sementara je .. yang kekal ada di sana .. allah akan membangkit manusia daripada kubur sesuai dengan amalan mereka di dunia ..

Rasulullah salla Allah alaihi wa sallam bersabda:
“Yang paling banyak mengingati mati dan paling baik dalam membuat persiapan untuk alam berikutnya, maka itulah orang yang bijak.”
[Sunan Ibnu Majah, no. 4249. Dinilai hasan oleh al-Albani]
nabi pun cakap orang yang paling bijak di antara manusia itu adalah yang banyak mengingati mati .. buat amal banyak sebab kat sane xde sape dapat tolong kita melainkan 3 perkara iaitu amal jariah, ilmu baik yang dimanfaatkan dan doa anak yang soleh ..

kejadian ..

bosan lagi .. jom hilang bosan jap dengan ayat al-quran ni ..

Sesungguhnya penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal.

Iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) "Ya Tuhan Kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka (Ali Imran, 3:190-191)

see, semua kejadian tu bersebab dan ada kitarannya .. allah menurunkan hujan lalu tumbuh hijau hijau pokok, gunung, sungai dan sebagainya sebagai sumber makanan kepada manusia dan binatang .. pokok-pokok ni akan mati dan kawasan berdirinya pokok akan jadi hitam lalu menjadi baja .. subhanalah telitinya allah dalam segala tiap2 sesuatu ..

ada dengar orang cakap apabila kita melihat kejadian allah, lalu kita kagum dan akui kebesarannya dan kekerdilan kita, maka akan lahir sifat rendah diri dalam diri .. sedangkan melihat kejadian allah je pun kita dapat pahala .. senang je kan .. islam is simple

KLMJ

kenangan lama mengusik jiwa .. chewah

tengah belek2 fb terpandang lak pic ni .. eah, masih ada lagi rupenye ..


bukan tentang pasta & pizza tu .. silap2 .. nampak keychain henset tu?? cantik an .. pemberian seseorang dulu kala .. tapi sayang .. keychain ni hilang sama2 dengan 2 henset, henset vivas ni dengan dengan panasonic .. hilang dalam bilik, tido .. xsedar orang masuk bilik mencuri .. sampai skg trauma pakai henset mahal .. gambar ni je yg jadi kenangan .. banyak kisah tentang ktwg tapi xperlu la kot nk share .. ahahah kisah kami, kami je yg tawu .. danga bay, kota tinggi, mersing banyak da yang terlakar .. 

makin lama makin jauh, makin asingkan diri .. tak salahkan dia .. mungkin itu pilihan dia .. masih lagi berharap dia kembali .. 

done for KLMJ mlm ni .. ^_^

ujian hidup

assalamualaikum ..

nak share sikit je .. bila bukak laptop je rasa rindu je nak bukak lagu ni .. tataw nape .. bukan lagu tema cinta sesama manusia .. tapi lagu mengenang cinta kepada allah .. lagu ni mengisahkan seorang hamba yang bersyukur walaupun xde kemahsyuran, kemewahan, kemakmuran tetap dia bersyukur dan cinta kepada tuhannya tak berbelah bagi .. indahnya cinta sebegini ..

betul orang kata cari cinta allah dulu baru cari cinta manusia .. cinta manusia kadang2 ada pasang surut, kadang2 membuak buak, kdg2 slow .. manusia kan .. tapi bila kita cinta allah, bila kita sayang pencipta kita, pasti kita akan rasa kemanisan cinta itu .. sebab itulah kadang2 allah uji kita dalam percintaan .. rasa kecewa, rasa ditinggalkan, down .. dan secara fitrahnya kita akan kembali kepada Dia .. sebenarnya allah rindu sgt kita sujud, berdoa, kembali ingat pada dia sebab manusia kan apabila dia da senang sikit, dia da bahagia sikit, dia akan mula lupa akan allah ..

nabi pun pernah cakap golongan-golongan yang paling baik, paling bagus, paling dekat dengan allah adalah hamba-hambanya yang terlalu sayang, yang terlalu cinta kepada allah dan rasulnya .. sebab apa? sebab manusia akhir zaman ni, tak pernah berjumpa dengan nabi, tak pernah bersua dengan nabi, tak pernah bersalaman dengan nabi tapi mencintai nabi dan allah lebih dari segala-galanya .. subhanallah

jom kita dengar bait-bait kalimah yang dilontarkan dalam lagu ni ..

Lagu: Ujian Hidup - Imam Muda 

Ketika Hidupku Tertekan
Mengaburi Pedoman
Kepada-Nya Akan Ku Pergi
Untuk Mencari Bimbingan

Ku Serah Takdir di Tangan-Nya
Mengukir Perjalanan
Walau Ujian Hidup Melanda
Ku tabah Menerima Kerana

Walaupun Tak DiKurnia Kemasyuran
Walaupun Tak DiLimpah Kemewahan
Hatiku Tetap Akan Memuji
Namu Mu Selalu Ya Rabbi

Walaupun Tak Diberi Kemakmuran
Akan ku Memanjangkan Kesabaran
Ku tetap syukur Pada Ilahi
Kerana Mengurniakan Nyawa Ini

Ku Serah Takdir di Tangan-Nya
Mengukir Perjalanan
Walau Ujian Hidup Melanda
Ku tabah Menerima Kerana

Dia Di Hati Selalu
Memberikanku Petunjuk
Apabila Pemandagan Samar

Biarpun Hidup Digoda
Ujian dan Pancaroba
Pasti Ada Hikmah Di Akhirnya

Walaupun Tak DiKurnia Kemasyuran
Walaupun Tak DiLimpah Kemewahan
Hatiku Tetap Akan Memuji
Namu Mu Selalu Ya Rabbi

Walaupun Tak Diberi Kemakmuran
Akan ku Memanjangkan Kesabaran
Ku tetap syukur Pada Ilahi
Kerana Mengurniakan Nyawa Ini


Monday, 4 November 2013

sarawak ku ..

jyeaaahhh !!

hmm, bile sebut je pasal sabah dengan sarawak mesti orang semenanjung akan fikirkan tentang kemiskinan, tinggal atas pokok, tak bertamadun, masih pakai cawat, berburu binatang .. ish ish ish oke, disebabkan aku da kat sini lebih kurang 3 tahun  setengah tolak tambah darab bahagi aku nak betulkan persepsi korang .. especially sarawak

bg dowg yg belum jejak sarawak mungkin tak tawu sebenarnya sabah dan sarawak ni la pengeluar hasil yang paling banyak bagi malaysia dengan kayu2-kayu nya especially balak kat bintulu, hasil-hasil hutan, minyak dan sewaktu dengannya .. sarawak saje bole dikira sama luas dengan semenanjung, belum masuk sabah lagi .. haaaa .. memang la sini banyak hutan, dan ada yang masih mengamalkan cara hidup tradisional tapi sarwak da banyak berubah berbanding dengan dulu .. sama je sebenarnyaa kalau nak dibandingkan dengan pahang sebab masih ada yang mengamalkan cara hidup tradisional, sebab asal aku memang pahang .. jom kita tengok bandar2 kat sarawak

ni salah satu tempat yang wajib aku singgah bila aku ikut roomate aku balik kuching .. dari sini nampak gunung santubong ..

ni adalah muzium kucing .. segala jenis2 kucing ada dalam ni .. tapi xmasuk, sebab kene bayar .. maklumlah duit pun xde masa ni

ade lagi macam waterfront yang menjadi kebanggaan orang kuching .. dan yg paling penting bila melawat kuching mesti bergambar kat tugu dye .. kan

tak dapat lak nk bg tengok sebab line xberapa bagus .. ish ish

klw kat miri tempat yang paling best adalah pantai esplanade .. ramai je orang petang-petang da mcm festival da .. kat canada hill kita bole tengok bandar miri dari tingkat tingkat .. marina bay terletaknya tugu kuda laut .. lambang miri ni adalah kuda laut .. byak lagi blom explore sarawak ni sebab study terperap je la kat hostel .. anyway, take ur time melawat sarawak, jgn pandang serong pada sarawak, jgn pandang rendah pada sarawak ..sarawak adalah salah satu negeri dalam malaysia .. sedih tengok kat fb bila semenanjung menghina sarawak .. hello !! kita sama2 bangunkan malaysia oke ..

insyallah .. akan ku bawa zaujah ku ke sini nanti .. ^_^



newcomer si ustaz rock

assalamualaikum ..





uitt .. da pandai pulak nak tulis-tulis blog nih?? ahahaha bila kebosanan melanda, hidup pun mcm takde arah .. bile teringatkan si AR, baik aku cari jalan pengubat hati .. ye tak?? ahahah sah2 angau bayang .. takde hal .. hidup mesti diteruskan .. anyway .. mera naam hey lokman nurhakim @ acai @ keranda besi .. tapi aku suka nama yang diberi oleh seseorang dulu "mr. pingu" ..
 lahir di muadzam shah, pahang .. tempat tinggal di kulaijaya, johor .. sambung study kat ipg kampus sarawak, miri .. da merantau, merantau lagi .. aku ni anak bongsu jadi memang manja, agaklah .. hahah hanya orang2 tertentu je taw perangai aku camne .. anway, tergerak buat blog sebab blajar sikit2 dari ex dulu sebab pernah kitowang share blog ceritakan kisah kitowang tapi nak wat cmane walaupun sayang gile kat dye, xde jodoh .. walaupun kita merancang, tetap perancangan dia yang terbaik .. salam perkenalan !!