Friday, 12 September 2014

ambition

wens sepon ataim ... ekekeke

lamo doh tak membebel .. hihihu suda habis praktikal kedua .. yeahhhh 12 september akhirnya tiba .. aku jalani praktikal fasa yang kedua aiitu selama 2 bulan .. 8 minggu .. sk agama (mis) miri .. mis is stand for majlis islam sarawak .. maybe sekolah ni adalah sekolah rakyat ..

sekolah ni adalah sekolah kluster kecemerlangan fasa ke 4 .. kire nye agak berprestij jugak .. mula-mula memang goyang sikit sebab tengok nama dye dan pencapaian-peencapaian sekolah ni .. setiap pertandingan yang dowg masuk at least rata-rata sampai ke peringkat negeri dan kebangsaan .. tabik spring .. dari bolingnye, renangnya, sajaknya, nasyidnye dan byk lagi la ..

nasib la dapat bawak diri .. sebab aku sowg je dalam kelas aku yang praktikum kat sini .. kitwg ada 7 orang yang buat praktikum kat sini .. sepatutnya option aku adalah sjkc tetapi disebabkan sjkc xde minur iaitu bahasa arab, jadi terpaksalah pergi ke sk .. daripada sjkc tudan, miri  aku pindah ke sk agama miri ..

aku ajar tahun 2 amanah pendidikan islam, tahun 3 pendidikan islam dan bahasa arab tahun 4 .. alhamdulillah rata-rata budaknya memang pandai .. kejap je nak ajar dowg, senang paham tapi bab bising .... fuhhh no 1 .. jom tgk student2 aku ..





ni pic hari last aku .. pic bersama budak-budak kelas masih dalam henset .. malas doh nak transfer .. hahaha i wish that i can comeback as a child .. no tears, no pain, no heart feeling ..

sbb makin lama kita mungkin akan menyakiti orang lain dan paling parah disakiti .. pull urself together .. remember ur ambition first .. tunaikan tanggungjawab pada mak bapak dulu baru fikir tentang hidup sendiri .. semoga apa yang aku lalui di bumi sarawak ni berbaloi untuk aku built life aku .. insyallah 

Wednesday, 26 March 2014

benchmarking hari kedua part 2

hyep..
jom kite tengok hari kedua yang selebihnya .. bermula aktiviti seterusnya iaitu sukaneka ..

huhu betul-betul fokus wat keja .. ni sebabnya aku kene jaga satu stesen permainan .. jadi aku perlu master sebelum jaga checkpoint aku ni .. permainan aku adalah satu kertas boleh memuatkan 3-4 orang .. i wonder .. think !!

sempat la aku kacau budak2 ni .. ahaha

ni la kesemua murid-murid sk benawa ni .. sekolah ni adalah sekolah SKM ataupun sekolah kurang murid .. total semua murid-murid adalah seramai 36 orang daripada tahun 1 sehingga tahun 6 ..

ni adalah ustaz madani yang gantikan ustaz daud .. bole layan kepala

ni adalah salah satu checkpoint permainan ..

ni checkpoint teka akting ..

taiko sudah mali ooo

huhuuh aummmm

pada sesi petang lak adalah program bersamamu .. program ni adalah berikan bantuan kepada keluarga yang memerlukan di kampung .. total semua bantuan adalah 5 buah rumah .. bantuan mcm ni kami kira terbaik untuk diadakan untuk merasai keperitan hidup yang dialami oleh sesetengah orang dalam kampung pedalaman ni .. kitowang juga dapat kenal orang2 kampung dengan lebih baik

ni adalah rumah pertama yang kitowang lawat dan beri bantuan

ni adalah rumah kedua ..

ni adalah rumah ketiga

lepak dulu rumah ketua kampung makan-makan ..

bantuan yang kami berikan adalah seperti pakaian-pakaian terpakai dan beras .. semoga bantuan ni dapat meringankan beban sikit ..

disebabkan kemarau, penduduk kampung pam air dari kolam depan rumah .. 

ni adalah jalan rumah kelima .. 

rumah kelima ni adalah satu-satunya rumah yang paling hujung .. satu rumah je xde jiran

sebelum balik tangkap gambar dulu

pada malamnya, kitowang wat barbeku unutk warga sekolah ..

inilah hasilnya ..

habis da second day .. yeayyyy

benchmarking hari kedua part 1

asssalam ..
oke, kali ni tentang hari kedua .. pada hari kedua ni la start sebenarnya program kitowang ..

pada awal pagi pukul 7, ustaz kitowang kene balik .. jadi semua lelaki ikut hantar ustaz ke jeti untuk ustaz naik perahu .. pada pukul 1 tgh hari, ustaz akan amek flight maswing dari marudi ke miri .. ustaz kene balik sebab ada tugas lain yang menanti di kuching .. ustaz madani yang akan gantikan ustaz daud ..

pemandangan awal pagi di benawa ..

di pinggir jeti

indahnya ciptaan allah di bumi benawa

si kambing yang takut air ngade ngade naik perahu .. ahahaha

ni same2 tunggu perahu ustaz sampai

ni la baru 1st time tengok orang pam air dari sungai ke darat .. masalah kat benawa ni adalah air je .. jadi air sungai adalah sumber air yang utama kat sini

sampai da perahu ustaz ..

ni start da tugas kitowang iaitu mencari tentang maklumat sekolah dari segala sudut segenap sudut sampai ke corong-corong rahsia .. ahahaha

bergambar bersama guru besar sk benawa .. sempoi

sempat gak la tengok budak2 pra sekolah .. klaka dowg ni .. comel2 lak tu .. yg sorang tu tanak lepas dari duduk dari riba aku .. sweetttt <3

kite sambung lagi

Tuesday, 25 March 2014

benchmarking hari pertama

assalam ..
ini adalah hari pertama benchmarking semester 5 bagi kelas aku iaitu kels pengajian agama 4 (SJKC) .. benchmarking adalah syarat utama untuk lulus dalam semester ni .. kire termasuk dalam program PISMP aku la iaitu program ijazah sarjana muda perguruan .. benchmarking ni adalah lawatan penanda aras .. pada awalnya kami da rangka untuk melawat negeri sembilan sekolah bestari .. tapi menurut pengarah, kami kene melawat sekolah pedalaman ataupun sekolah band 1 band 2 ataupun sekolah yang merosot dari segi akademik .. kami kene cari punca dan cadangan untuk mengatasi masalah itu .. jadi, perancangan terpaksa bertukar dan kitowg sepakat nak melawat sekolah kebangsaan benawa, kampung benawa .. pedalaman 1


ni adalah gambar sebelum kami bertolak

ni adalah mentor kami .. ustaz daud nama nya .. keistimewaannya adalah ustaz ni pandai bab bab ruqyah dan mengesan kehadiran jin di kawasan sekeliling .. hebat ustaz ni

ni adalah encik benjamin .. dia la yang hantar kitowang naik bas dari IPG sampai ke jeti kuala baram ..

ni adalah kenderaan kitowang .. express tuto 10 .. aku la menguruskan pengangkutan kitowang ni .. ^_^

ni adalah gambar dalam express tuto 10 ..

belakang express ni bole lepak .. ni la ahli-ahli lelaki dalam kumpulan aku

sebagai yang menjaga tentang pengangkutan, aku la yang simpankan duit untuk tambang express ni .. 5 jam perjalanan dari jeti sampai ke kampung benawa .. rm 1200 sekali perjalanan .. jadi aku la yang simpan rm 2400 perjalanan pegi balik .. jadi orang kaya sekejap .. ahaha

ni kitowang baru sampai marudi .. pekan marudi ni kecik je .. kitowng benti sekejap sebab express nak tambah minyak .. yakut tak sampai lak minyak untuk ke kampung benawa

sebelah ni nazrin osien .. orang yang paling tua dalam kumpulan kami .. kami paling budak2 daripada kami .. ahaha respek lu bro ..

tugu kat marudi .. ^_^

berangan jadi driver express .. mancai na sampei masuk tempat driver !!

yang sebelah tu ustaz karim .. guru penolong kanan HEM sekolah kampung benawa .. banyak urusan benchmarking ni melalui ustaz karim ni .. kepala macam orang bujang .. terbaek bos

ni la jeti kampung benawa .. jetinya boleh terapung mengikut aras air sebab kampung ni memang biasa banjir ..

ni kereta sorong dalam kampung ni yang dipanggil "hilux" .. amat berguna .. senang nak bawak barang besar naik benda ni

ni tempat tido kitowang .. surau je bagi perempuan dan rumah di kawasan sekolah untuk pelajar2 perempuan ..

ini adalah perasmian benchmarking kitowang ..

tu je pada hari pertama benchmarking .. hari kedua nanti kite tengok lagi k